About Us

Sunday, April 20, 2014

Librarian Adventure Camp 2014


Jejak Rimba




Tn Haji Salleh Idros Bin Zakaria bersama Abg Zaki



Alhamdulillah bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan izin-Nya kami telah berjaya melaksanakan satu program ukhuwah untuk Ijazah Sains Perpustakaan, Universiti Selangor. Program ini telah dijalankan pada 24-26 Januari 2014, selama 3 hari 2 malam di Dr Campsite, Hulu Langat Selangor. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk jati diri mahasiswa dan mahasiswi  agar sentiasa positif, tekun dan gigih dalam menuntut ilmu. Program yang berbentuk motivasi ini turut memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang betapa pentingnya semangat bekerjasama dalam pasukan. Program ini disertai seramai 37 orang peserta dan 3 orang pensyarah. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Program Jati Diri yang dikendalikan oleh En Zaki dari IQ Class Management (Selango), Jejak Rimba, Sukaneka, Malam Burung Hantu dan persembahan-persembahan dari setiap kumpulan. Walaupun program ini hanya berlangsung selama 2 hari, namun pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.

Sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin kepada generasi akan datang, usaha untuk membentuk jati diri amatlah penting supaya boleh menjadi pemimpin yang dedikasi, bertanggungjawab dan gigih dalam melaksanakan sesuatu tugas. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari pensyarah-pensyarah kami, amat mustahil untuk kami melaksanakan program sedemikian. Program ini juga dapat memupuk kesejahteraan dan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira agama dan bangsa. Adat kehidupan, manusia tidak lepas dari cabaran namun kami tetap gigih melaksanakan program ini. Dengan izin-Nya sekali lagi alhamdulillah.


Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang terlibat kerana berani menyahut cabaran ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah kami. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang. Sekian terima kasih.






Dari,


Siti Noor Maisarah Nita Binti Gusla

Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (1B)
Universiti Selangor





No comments:

Post a Comment