Bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana telah mengizinkan saya untuk membuat blog rasmi mengenai Sains Perpustakaan, Unisel. Blog ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat akan kewujudan Sains Perpustakaan pada abad ini. Mesti ada diantara kita, sahabat handai mau pun kaum keluarga kita yang masih tidak tahu dan sama sekali tidak mengenali apa itu Sains Perpustakaan. Untuk pengetahuan anda, Sains Perpustakaan merupakan satu cabang pekerjaan atau karier yang sangat terkenal di negara-negara membangun seperti US dan UK.
Kewujudan Sains Perpustakaan telah lama bertapak dan kini semakin pesat dibangunkan oleh negara-negara besar. Ini kerana, Sains Perpustakaan merupakan suatu kerjaya yang sangat penting yang berkait rapat tentang maklumat, bagaimana kita mengurus maklumat dan disampaikan kepada pengguna. Selain daripada itu, Sains Perpustakaan juga dikenali sebagai Information Science di UITM. Walaupun Sains Perpustakaan tidak berapa dikenali di Malaysia, namun kami (bakal pustakawan) akan sedaya upaya dan berusaha mengembangkan ilmu Sains Perpustakaan kepada semua golongan masyarakat agar ilmu ini akan terus berkembang.
Dalam blog ini kami akan menyediakan pelbagai informasi mengenai Sains Perpustakaan, termasuklah program-program dan juga ilmu mengenai Sains Perpustakaan. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan saya selaku wakil pelajar, Ijazah Sains Perpustakaan Universiti Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini kerana sudi memberi sokongan dan menyumbangkan feedback yang positif kepada kami. Terima kasih banyak-banyak.

No comments:
Post a Comment