About Us

Tuesday, March 10, 2015

Missing My Class

TBH...MISSING ALL CLASSES (30.1.2014)




With Madam Nurhairi Bt Muhd Yudin, our lecturer.












Sunday, April 20, 2014

Lawatan ke MOSTI, Putrajaya










Pada 15 April 2014 (Selasa), kami Bachelor of Library Science Unisel telah mengadakan satu lawatan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama pensyarah kami, En Farid Wajdi Bin Mohd Nor, dibawah subjek Information Sources in Sciene and Technology. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal pustakawan tentang sumber-sumber informasi mengenai sains dan teknologi yang ada di Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC). Perpustakaan ini berperanan sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat Sains dan Teknologi melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Koleksi-koleksi yang terdapat di MASTIC memberi tumpuan kepada bidang polisi, pengurusan dan petunjuk Sains dan Teknologi serta inovasi.

Alhamdulillah banyak input yang baik dan positif kami dapat melalui lawatan ini. Dengan kemesraan dan pengalaman pustakawan-pustakawan di MASTIC, kami amat berasa bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan mereka. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami En Farid yang banyak memberi tunjuk ajar dan didikan tentang subjek Information Sources in Science and Technology. Walaupun banyak yang kami harungi, hujan dan perjalanan yang jauh namun ia tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk menuntut ilmu. Semoga ilmu yang kita perolehi dari MASTIC dapat kita manfaatkan pada masa akan datang, inshaallah. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada pihak MOSTI dan MASTIC kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Sekian terima kasih.




Dari,

Siti Noor Maisarah Nita Binti Gusla
Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (1B)
Universiti Selangor

Librarian Adventure Camp 2014


Jejak Rimba




Tn Haji Salleh Idros Bin Zakaria bersama Abg Zaki



Alhamdulillah bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan izin-Nya kami telah berjaya melaksanakan satu program ukhuwah untuk Ijazah Sains Perpustakaan, Universiti Selangor. Program ini telah dijalankan pada 24-26 Januari 2014, selama 3 hari 2 malam di Dr Campsite, Hulu Langat Selangor. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk jati diri mahasiswa dan mahasiswi  agar sentiasa positif, tekun dan gigih dalam menuntut ilmu. Program yang berbentuk motivasi ini turut memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang betapa pentingnya semangat bekerjasama dalam pasukan. Program ini disertai seramai 37 orang peserta dan 3 orang pensyarah. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Program Jati Diri yang dikendalikan oleh En Zaki dari IQ Class Management (Selango), Jejak Rimba, Sukaneka, Malam Burung Hantu dan persembahan-persembahan dari setiap kumpulan. Walaupun program ini hanya berlangsung selama 2 hari, namun pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.

Sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin kepada generasi akan datang, usaha untuk membentuk jati diri amatlah penting supaya boleh menjadi pemimpin yang dedikasi, bertanggungjawab dan gigih dalam melaksanakan sesuatu tugas. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari pensyarah-pensyarah kami, amat mustahil untuk kami melaksanakan program sedemikian. Program ini juga dapat memupuk kesejahteraan dan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira agama dan bangsa. Adat kehidupan, manusia tidak lepas dari cabaran namun kami tetap gigih melaksanakan program ini. Dengan izin-Nya sekali lagi alhamdulillah.


Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang terlibat kerana berani menyahut cabaran ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah kami. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang. Sekian terima kasih.






Dari,


Siti Noor Maisarah Nita Binti Gusla

Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (1B)
Universiti Selangor





Saturday, April 19, 2014

Sains Perpustakaan, Universiti Selangor



Bismillahhirohmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana telah mengizinkan saya untuk membuat blog rasmi Sains Perpustakaan, Universiti Selangor. Blog ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat akan kewujudan Sains Perpustakaan pada abad ini. Mesti ada diantara kita, sahabat handai mau pun kaum keluarga kita yang masih tidak tahu dan sama sekali tidak mengenali apa itu Sains Perpustakaan. Untuk pengetahuan anda, Sains Perpustakaan merupakan satu cabang pekerjaan atau karier yang sangat terkenal di negara-negara membangun seperti US dan UK.

Kewujudan Sains Perpustakaan telah lama bertapak dan kini semakin pesat dibangunkan oleh negara-negara besar. Ini kerana, Sains Perpustakaan merupakan suatu kerjaya yang sangat penting yang berkait rapat tentang maklumat, bagaimana kita mengurus maklumat dan disampaikan kepada pengguna. Selain daripada itu, Sains Perpustakaan juga dikenali sebagai Information Science di UITM. Walaupun Sains Perpustakaan tidak berapa dikenali di Malaysia, namun kami (bakal pustakawan) akan sedaya upaya dan berusaha mengembangkan ilmu Sains Perpustakaan kepada semua golongan masyarakat agar ilmu ini akan terus berkembang.

Dalam blog ini kami akan menyediakan pelbagai informasi mengenai Sains Perpustakaan, termasuklah program-program dan juga ilmu mengenai Sains Perpustakaan. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan saya selaku wakil dari Ijazah Sains Perpustakaan Universiti Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini kerana sudi memberi sokongan dan menyumbangkan feedback yang positif kepada kami.


Sekian terima kasih.